suria

Selangor kembali catat kes harian tertinggi, 15,669 jangkitan baharu seluruh negara

Sebanyak 15,669 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa.

DIKEMASKINI

MALAYSIA merekodkan sebanyak 15,669 kes baharu Covid-19 pada Selasa, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 2,011,440 kes setakat ini.

Daripada 15,669 kes baharu yang dilaporkan, 15,652 kes merupakan penularan tempatan manakala 17 kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kembali mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan 2,632 kes diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974) dan Sabah (1,784).

ARTIKEL BERKAITAN: 16,073 kes baharu Covid-19 direkodkan, Sarawak kekal catat jumlah kes tertinggi

Wilayah Persekutuan Labuan satu-satunya negeri yang mencatatkan satu digit kes iaitu tiga kes.

Beliau berkata, sebanyak 18,053 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,764,579 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,266 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 689 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain