suria

16,073 kes baharu Covid-19 direkodkan, Sarawak kekal catat jumlah kes tertinggi

Sarawak mencatatkan sebanyak 3,522 kes harian Covid-19 pada Isnin.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 16,073 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,995,771 setakat ini.

Daripada 16,073 kes baharu yang dilaporkan, 16,052 kes merupakan penularan tempatan manakala 21 kes adalah jangkitan luar negara.

Sarawak masih mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan 3,522 kes diikuti Johor (2,030) dan Selangor (1,947).

Sementara itu Sabah pula merekodkan 1,717 kes, Kelantan (1,649) Pulau Pinang (1,243), Kedah (1,191) dan Perak (1,011).

Negeri lain yang melaporkan kes tiga angka dan ke bawah adalah Pahang (870), Terengganu (704), Kuala Lumpur (398), Melaka (206), Negeri Sembilan (156), Perlis (41), Putrajaya (16) dan Labuan (11).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 413 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 21,124 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 24,813 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,746,523 kes.

"Sehingga kini, terdapat 614 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 687 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain