suria

Sarawak lepasi 5,000 kes! 19,198 jangkitan baharu seluruh negara

Sebanyak 19,198 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad.

DIKEMASKINI

MALAYSIA merekodkan sebanyak 19,198 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,979,698 kes setakat ini.

Daripada 19,198 kes baharu yang dilaporkan, 19,193 kes merupakan penularan tempatan manakala lima kes adalah jangkitan luar negara.

Sarawak masih mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan 5,291 kes diikuti Selangor (2,347) dan Johor (2,110).

ARTIKEL BERKAITAN: 19,550 kes baharu Covid-19 direkod, Sarawak masih catat jangkitan harian tertinggi

Sementara itu Sabah pula merekodkan 1,717 kes, Kelantan (1,435) Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

Negeri lain yang melaporkan kes tiga angka dan ke bawah adalah Terengganu (930), Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340), Negeri Sembilan (283), Perlis (67), Putrajaya (32) dan Labuan (tiga).

Beliau berkata, sebanyak 20,980 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,721,713 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,298 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 744 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain