suria

19,550 kes baharu Covid-19 direkod, Sarawak masih catat jangkitan harian tertinggi

Sarawak masih lagi kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 3,743 kes.

DIKEMASKINI

MALAYSIA mencatatkan 19,550 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

Ia sekaligus menjadikan keseluruhannya 1,960,500 kes setakat ini.

Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,743 kes diikuti Selangor (2,416) dan Johor (2,282).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 239,351 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 19,550 kes baharu yang dilaporkan, 19,543 kes merupakan penularan tempatan manakala 7 kes adalah jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 592 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,419 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 21,771 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,7000,730 kes.

"Sehingga kini, terdapat 548 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 724 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain