suria

Syarikat konsesi diserbu! Pengurus cawangan didakwa paksa pekerja termasuk kontak rapat Covid-19 ke pejabat, akibatnya hampir 20 orang dijangkiti

Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meronda di beberapa kawasan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP). - Gambar File (Bernama)

DEGIL dan tidak berperikemanusiaan.

Itu istilah paling tepat untuk menggambarkan sikap majikan di sebuah syarikat konsesi di Selangor yang didakwa memaksa pekerjanya termasuk individu yang menjadi kontak rapat pesakit positif Covid-19 untuk tetap hadir bekerja di pejabat.

Malah mStar difahamkan tindakan majikan tersebut telah menyebabkan virus berbahaya itu telah menjangkiti hampir 20 pekerja di syarikat berkenaan serta keluarga mereka.

ARTIKLE BERKAITAN: Rasa nak baling phone selepas dapat dos kedua, sampai rumah kena gelak dengan mak pula... lelaki ini beri tip penting ketika rakam detik divaksin

ARTIKLE BERKAITAN: Cecah angka 20,000! Malaysia catat 20,596 kes Covid-19

Bercakap kepada mStar, salah seorang pekerja yang enggan dikenali mendakwa premis terbabit pernah diperiksa serta diarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak supaya melakukan pergiliran tugas namun arahan tersebut tidak dipatuhi.

“Kami sebaliknya disuruh bekerja seperti biasa, tiada penggiliran tugas malah kami diarahkan untuk jangan punch card, scan face identification (untuk kehadiran) dengan mySejahtera.

“Kalau ikutkan ibu pejabat memang keluarkan arahan supaya syarikat menjalankan penggiliran tugas tapi majikan kami tak nak ikut arahan dan kami dimaklumkan sesiapa yang tak ada simptom perlu datang kerja macam biasa,” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa kes positif di premis berkenaan, majikan terbabit didakwa gagal memastikan kontak rapat kepada pesakit positif untuk turut sama melakukan ujian calitan.

Jelasnya staf lain, termasuk mereka yang menjadi kontak rapat kepada pekerja yang positif ini tetap hadir ke pejabat seperti biasa walaupun sesetengah daripada mereka sudah mula menunjukkan gejala jangkitan.

“Sebelum ini ada yang seorang staf yang ada gejala tapi dia datang pejabat macam biasa bekerja sebab bos arahkan masuk, tengok-tengok result dia keluar positif Covid-19.

“Saya sendiri merupakan kontak rapat dan saya telah mula menunjukkan simptom jangkitan tapi bila saya minta izin untuk kerja dari rumah bos tak benarkan dan minta saya masuk ke pejabat.

“Mula-mula dulu memang ada suruh buat swab test, tapi bila bos kena keluarkan duit dulu jadi dia dah tak suruh kita yang lain buat swab, siapa yang ada gejala sahaja yang kena buat lepas tu boleh claim,” ujarnya, akur.

KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlegar di perkarangan Dewan Rakyat bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meronda di kawasan tumpuan orang ramai bagi memantau pematuhan SOP. - Gambar File (Bernama)

Akibatnya, kini pekerja di syarikat berkenaan serta ahli keluarga mereka menjadi mangsa penularan wabak berkenaan.

“Ada pekerja yang satu keluarga dah kena Covid-19.

“Ada yang jadi kontak rapat tapi bos kata kuarantin tiga hari lepas tu kena masuk kerja semula.

“Malah anak bos pun positif dan dia sendiri merupakan kontak rapat, tapi dia tetap masuk ke pejabat seperti biasa sebab dia kata keputusan dia negatif dan dia memang langsung tak kuarantin,” katanya.

Sebelum ini ada yang seorang staf yang ada gejala tapi dia datang pejabat macam biasa bekerja sebab bos arahkan masuk, tengok-tengok result dia keluar positif Covid-19.

- Sumber

mStar pada Rabu telah membawa perkara berikut ke pengetahuan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor iaitu Datuk Dr Shaari Ngadiman yang kemudiannya menyalurkan maklumat terbabit kepada PKD Gombak.

mStar dimaklumkan ketika operasi pematuhan dilaksanakan majikan terbabit bagaimanapun mengarahkan individu yang merupakan kontak rapat untuk pulang manakala staf yang berada di luar untuk tidak pulang semula ke pejabat memandangkan jumlah pekerja yang dibenarkan sudah melebihi kapasiti atau peratusan yang dibenarkan.

Sumber turut memaklumkan bahawa syarikat terbabit telah dikompaun RM10,000 atas pelbagai kesalahan.

mStar masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Sementara itu pihak pengurusan syarikat terbabit ketika dihubungi menolak kesemua dakwaan berikut.

"Kalau di ibu pejabat memang kita tutup kecuali untuk kerja-kerja kecemasan, yang di premis terbabit saya rasa mereka (yang hadir ke pejabat) kena standby untuk (kerja-kerja) kecemasan.

"Ada tiga shift jadi mereka tukar-tukar, jadi saya rasa (dakwaan memaksa semua pekerja ke pejabat) itu tidak betul sebab kami sentiasa akur dan patuh kepada prosedur operasi standard," katanya.

178900295_2699946690296365_2472699771199515657_n

Operasi pematuhan yang dijalankan PKD Gombak di gerai-gerai jualan. - Gambar File (Facebook PKD Gombak)

Mengakui kehadiran petugas kesihatan di premis mereka pada Khamis, beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan bahawa premis terbabit tidak melanggar sebarang peraturan serta beroperasi dengan jumlah kekuatan yang dibenarkan.

"Tenaga kerja kami 40 peratus, bagi tugasan kecemasan kita ada buat shift, jadi tak ada isu sebab kalau tak (tentu) kami akan dapat notis saman," dakwanya.

Jelasnya terdapat sesetengah pekerjanya mengambil kesempatan dengan mendakwa bahawa mereka merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 untuk ponteng kerja.

"Terus terang saya cakap 70 peratus staf kita ambil kesempatan pasal isu Covid-19 ini, mereka tak masuk kerja dan separuh tu bagi alasan cakap close contact.

"Kalau mereka close contact mereka perlu tunjuk mySejahtera dan pakai gelang, tapi mereka tidak boleh buktikannya," katanya.

Dia turut menolak dakwaan bahawa syarikat hanya membenarkan kontak rapat yang mempunyai gejala untuk menjalani ujian calitan.

"Boleh check dengan sebuah poliklinik di Desa Pandan, kita benarkan sesiapa sahaja untuk buat screening, malah kita juga ada beli kit kendiri untuk mereka periksa secara sendiri," jelasnya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan pada Mei berkata mana-mana pekerja yang dipaksa majikan untuk hadir ke pejabat dan bercanggah dengan sekatan tambahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diminta untuk membuat aduah melalui aplikasi Working for Workers (WFW).

Diperkenalkan pada 3 Mei, aplikasi WFW merupakan platform terbaru 15.7 juta pekerja termasuk warga asing mengemukakan aduan dan permasalahan berkaitan isu perburuhan dan kini terdapat 17 kategori dalam aplikasi WFW itu termasuk kategori terbaharu Majikan Tidak Benarkan BDR (Bekerja Dari Rumah).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain