suria

Cecah angka 20,000! Malaysia catat 20,596 kes Covid-19

Malaysia merekodkan 20,596 kes baharu Covid-19 pada Khamis.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 20,596 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, sekaligus menjadi angka tertinggi sejak pandemik dikesan di negara ini.

Sebelum ini, angka kes paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 19,819 kes pada 4 Ogos.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,203,706 kes setakat ini.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 8,549 kes diikuti Kuala Lumpur (2,163), Kedah (1,446) dan Johor (1,300).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 164 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10,019 kes.

Sehingga hari ini, 13,893 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 976,626 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 1,078 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 549 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Lain