suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Kaedah campuran dua vaksin ‘Plan B’, hanya dilaksana jika terbukti selamat dan berkesan - Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Foto: Bernama

PAKAR yang mengkaji mengenai kaedah campuran vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca akan mengadakan pertemuan pada minggu ini untuk melihat sama ada langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya negara menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata pertemuan seterusnya antara kumpulan pakar dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada Khamis (24 Jun) ini juga akan membentangkan data dari beberapa negara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 16 juta dos vaksin bakal diterima, pendaftaran automatik antara komitmen kerajaan pastikan PICK berjaya - PM

Khairy menambah bahawa kaedah itu yang juga dikenali sebagai heterologi, hanya akan dilaksanakan jika terbukti selamat dan efektif.

Menurut Khairy, negara-negara seperti Jerman, Sepanyol dan Korea Selatan juga telah melakukan kajian mengenai kaedah tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Katanya, jika kajian itu menunjukkan hasil yang baik, kaedah itu akan digunakan sebagai pelan alternatif kerajaan sekiranya terdapat kekurangan bekalan vaksin.

Khairy juga berkata perbincangan yang diadakan baru-baru ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kekurangan pada bekalan vaksin AstraZeneca supaya penerima dapat melengkapkan dos kedua.

"Saya perlukan Plan B tetapi setakat ini, semuanya baik-baik saja," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pusat vaksinasi mega yang baharu dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain