suria

Perancah besi lebuh raya runtuh: Seorang pekerja disahkan maut

Kejadian perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh, pada Sabtu.

INSIDEN runtuhan perancah besi sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara pada Sabtu, mengakibatkan seorang pekerja warga asing maut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Konkrit lebuh raya dalam pembinaan runtuh, 3 pekerja cedera

"Difahamkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Mangsa meninggal dunia disebabkan trauma pelbagai dan disfungsi pelbagai organ akibat serangan jantung," katanya padasidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Ahad.

Pada Sabtu, dua pekerja cedera dalam kejadian perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian runtuhan itu dilaporkan pada pukul 7.14 petang sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi pukul 7.27 petang.

Menurutnya, dua warga Bangladesh yang sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan runtuhan tersebut.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan antara 20 hingga 40-an itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain