suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konkrit lebuh raya dalam pembinaan runtuh, 3 pekerja cedera

Konkrit sebuah lebuh raya di Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh, lewat petang Sabtu.

DIKEMASKINI

KONKRIT sebuah lebuh raya yang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh dalam satu kejadian, petang Sabtu.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 7.14 malam, tiga lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja di tapak pembinaan tersebut dilaporkan cedera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mangsa cedera selepas terkena serpihan konkrit lebuh raya dalam pembinaan setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara.

Norazam berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berikutan itu, sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian membabitkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana tiga pekerja warga Bangladesh berusia 20 hingga 40-an cedera ringan.

"Ketika kejadian mereka sedang melakukan kerja di bawah terkena serpihan konkrit," katanya dalam kenyataan malam ini.

Norazam berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan operasi tamat jam 7.34 malam.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain