suria

Anggota bomba diserang, didakwa lambat tiba padam kebakaran

Seorang anggota bomba diserang kerana didakwa lewat tiba untuk memadamkan kebakaran dalam satu kejadian di Kampung Belipat, Lawas, pada Sabtu. Foto: Astro Awani

GARA-GARA didakwa lambat tiba untuk memadamkan kebakaran, seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki pada Sabtu.

Memetik laporan Astro Awani, dalam kejadian di Kampung Belipat, Lawas, Sarawak itu, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk lelaki berkenaan dari arah belakang.

Susulan serangan tersebut, anggota bomba berkenaan mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung insiden itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah.

Kerja-kerja 'fire break' kemudian dilakukan selain teknik 'receo' untuk mengelakkan api merebak.

Penghuni rumah berkenaan yang terdiri daripada empat sekeluarga bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain