suria

Covid-19: Malaysia catat 5,911 jangkitan baharu, 72 lagi korban

Malaysia merekodkan 5, 911 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 5, 911 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 691, 115 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 64, 523 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 5, 911 kes baharu yang dilaporkan, 5, 910 kes merupakan penularan tempatan dan baki satu kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 6, 440 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 111 kes, diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498) dan Kuala Lumpur (483).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 72 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4, 348 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 6, 918 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 622, 244 kes.

"Sehingga kini, terdapat 886 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 441 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain