suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Awas! Varian baharu makin mengganas

Dr Noor Hisham terus memberi semangat kepada petugas barisan hadapan memerangi Covid-19.

JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia yang tinggi sejak kebelakangan ini berikutan varian baharu virus itu semakin mengganas.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kemaskini di Facebook rasminya pada pagi Sabtu.

"Terkini dengan varian-varian baharu virus ini semakin mengganas menjangkiti lebih ramai orang dengan cepat dan mengakibatkan kes kematian yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau terus memberi semangat kepada petugas barisan hadapan dalam meneruskan pejuangan menentang Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Buat petugas-petugas barisan hadapan, teruskan berjuang menentang Covid-19.

"Kita adalah benteng pertahanan negara,"katanya.

Sementara itu dalam kemaskini berlainan, beliau memaklumkan Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mula menerima pesakit Covid-19 bermula Jumaat.

Menurutnya, pengambilmilikan sementara hospital itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain