suria

Lelaki miliki 58 helai pakaian dalam wanita didakwa di mahkamah

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Dataran Mentari kira-kira jam 12.35 tengah hari pada 15 Jun. fotoBERNAMA (2021)

SEORANG pelayan berusia 23 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya kerana gagal memnjelaskan bagaimana dia memiliki 58 helai pakaian dalam wanita.

Ong Kok Thye mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin di hadapan majistret M. Barath pada hari Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main beli je... Cuba 3 tip pilih seluar dalam supaya kesihatan kemaluan terjaga

Ong dituduh memiliki pakaian dalam wanita dan gagal memberikan pernyataan yang memuaskan mengenai bagaimana dia mendapatkan barang-barang tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Dataran Mentari kira-kira jam 12.35 tengah hari pada 15 Jun.

Kesalahan di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 membawa denda maksimum RM1, 000 atau hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret tidak membenarkan ikat jamin, kerana tertuduh tidak mempunyai penjamin.

Mahkamah menetapkan kes itu untuk sebutan semula pada 9 September depan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang lelaki berusia 23 tahun direman selama empat hari untuk siasatan berhubung pecah rumah dan pencerobohan.

Ini berikutan laporan daripada seorang wanita di kawasan kejiranan yang mendakwa telah kehilangan seluar dalam yang dijemur. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain