suria

6, 440 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2, 095 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 6, 440 kes baharu pada Jumaat.

Ia menjadikan keseluruhan 685, 204 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2, 095 kes diikuti Negeri Sembilan (870) dan Kuala Lumpur (816).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 74 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 4, 276 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 74 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 4, 276 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 6, 861 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 615, 326 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 894 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain