suria

Dua ditahan terbabit sindiket jual pakej vaksin Covid-19

Dua suspek ditahan berhubung kes penipuan pakej vaksin Covid-19.

DUA suspek ditahan kerana didakwa terlibat dalam sindiket penipuan menjual pakej vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, ia susulan satu laporan yang dibuat oleh seorang pegawai perubatan, pada 14 Jun.

Pegawai perubatan itu mendakwa pakej vaksin Covid-19 dijual pada harga RM450 kepada rakyat Malaysia, dan RM800 kepada warga asing.

"Dua suspek dipercayai terlibat dalam penjualan pakej itu ditahan pada 16 Jun, dan direman selama dua hari.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Siasatan menunjukkan bahawa suspek telah menawarkan pakej tersebut di Facebook dan menerusi panggilan telefon.

"Pelanggan yang berminat akan didaftarkan ke dalam Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Kamarudin berkata, suspek turut mendakwa terdapat 30 orang telah dihubungi berkaitan pakej tersebut dan 10 individu telah menyatakan minat untuk membeli. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain