suria

Malaysia catat 5,738 kes baharu Covid-19, Negeri Sembilan rekod lebih 1,000 jangkitan harian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 5,738 kes baharu, pada Khamis.

Ia menjadikan keseluruhan 678,764 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 66,097 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 5,150 lagi dijangkiti Covid-19

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,858 kes, diikuti Negeri Sembilan (1,086) Kuala Lumpur (641), Sarawak (559) dan Johor (449).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 60 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,202 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 7,530 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 608,465 kes.

"Sehingga kini, terdapat 909 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 441 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain