suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5, 150 lagi dijangkiti Covid-19

Malaysia merekodkan 5, 150 kes positif Covid-19 pada Rabu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 5, 150 kes baharu pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 673, 026 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1, 914 kes, diikuti Negeri Sembilan (607) dan Sarawak (570).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 73 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 4, 142 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 73 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 4, 142 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 7, 240 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 600, 935 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 924 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 453 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain