suria

Kenderaan rasmi masuk Istana Negara, Raja-Raja Melayu mula tiba untuk Perbincangan Khas

Sultan Ibrahim berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, pada Rabu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KENDERAAN rasmi yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar dilihat antara yang terawal yang memasuki pintu utama Istana Negara pada 12.03 tengah hari, pada Selasa.

Terdahulu, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah tiba di Istana Negara kira-kira 11.03 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas pemimpin politik, Raja-Raja Melayu berkenan terima sembah taklimat pakar agensi kerajaan esok

Hari ini, raja-raja Melayu hadir ke Istana Negara bagi menghadiri Perbincangan Khas yang akan berlangsung pada 2.30 petang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Antara yang turut hadir, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba ke Istana Negara pada pukul 1.43 tengah hari.

Kenderaan rasmi dilihat memasuki Istana Negara hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba pada jam 1.56 petang.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail tiba di Istana Negara pada jam 1.59 petang, diikuti oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tiba pada pukul 2 petang.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah tiba pada pukul 2.08 petang.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tiba di Istana Negara kira-kira jam 2.20 petang.

Terdahulu pada Selasa, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Perbincangan Khas itu adalah bagi menyembah maklum kepada Raja-Raja Melayu berkenaan pandangan dikemukakan oleh pemimpin politik negara.- Sinar Harian / The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain