suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas pemimpin politik, Raja-Raja Melayu berkenan terima sembah taklimat pakar agensi kerajaan esok

Pandangan dikemukakan oleh para pemimpin politik akan diwasilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Khamis yang bermula pada 2.30 petang.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap seramai 18 pemimpin parti politik secara maya dan bersemuka di Istana Negara sejak 9 Jun lalu sehingga petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan pada Selasa petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pimpinan parti politik dijangka menghadap Agong mulai esok

Selain pemimpin politik, baginda turut berkenan menerima menghadap Tun Arifin Zakaria yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 di Istana Negara, pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam sesi-sesi itu, baginda telah berkenan mendengar pandangan-pandangan dari mereka tentang pelbagai isu.

Susulan itu, pandangan yang dikemukakan oleh para pemimpin politik akan diwasilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Khamis yang bermula pada 2.30 petang.

Selain itu, beberapa pakar daripada agensi kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselmatan, politik dan ekonomi negara di perbincangan sama esok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain