suria

5, 419 lagi dijangkiti Covid-19

Selangor merekodkan 1, 996 kes Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 5, 419 kes baharu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia menjadikan keseluruhan 667, 876 kes setakat ini,

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan luluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada golongan berusia 12 tahun ke atas - Dr Noor Hisham

Antara negeri dengan kes jangkitan harian tertinggi termasuklah Selangor dengan 1, 996 kes diikuti Sarawak (718) dan Kuala Lumpur (650).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 101 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 4, 069 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 101 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 4, 069 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 6, 831 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 593, 695 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 922 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 450 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain