suria

Polis cari Sajat lagi... kali ini jadi mangsa dan saksi penting kes tipu nama, jantina

Nur Sajat dikehendaki untuk menjadi saksi penting bagi siasatan ke atas seorang wanita yang dituduh sebelum ini kerana terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.

USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikehendaki bagi menjadi saksi penting bagi membantu siasatan seorang wanita yang dituduh terlibat dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Sajat dikehendaki polis kerana disyaki telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan bagi menghadiri perbicaraan yang akan berlangsung di Mahkamah Ampang bersabit kes itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia adalah mangsa dan juga merupakan saksi bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes yang akan berlangsung pada 14 Julai ini," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Sajat, 36, turut diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Media terdahulu melaporkan bahawa Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain