suria

Vaksinasi Covid-19: Malaysia capai sasaran 200,000 dos dua hari berturut-turut

Pemberian vaksin melebihi 200,000 untuk dua hari berturut-turut. Gambar hiasan

MALAYSIA kini mencapai sasaran yang ditetapkan, apabila jumlah pemberian vaksin harian melebihi 200,000 dos untuk dua hari berturut-turut.

Sebanyak 204,839 diberikan pada Rabu (16 Jun), manakala 215,876 dos diberikan pada Selasa.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah tersebut, 196,775 orang menerima dos pertama mereka, sementara 8,064 lagi sudah melengkapkan dos kedua.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 dalam catatan Twitternya pada Khamis memaklumkan jumlah dos vaksin yang diberikan setakat ini adalah 5,108,948 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 3,632,195 orang telah menerima dos pertama, manakala 1,476,753 orang sudahpun menerima dos kedua. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain