suria

Redakan suhu politik negara, tiada keperluan lanjut darurat selepas 1 Ogos - Raja-Raja Melayu

Raja-Raja melayu berpandangan bahawa keadaan suhu politik negara yang semakin panas perlu ditangani dan pengistiharaan darurat juga tidak perlu disambung selepas 1 Ogos 2021.

RAJA-raja melayu berpandangan bahawa keadaan suhu politik negara yang semakin panas perlu ditangani dan pengistiharaan darurat juga tidak perlu disambung selepas 1 Ogos 2021.

Raja-raja Melayu dalam satu perjumpaan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini berkata baginda semua mengambil maklum mengenai situasi politik negara yang tidak stabil serta perpaduan rakyat yang semakin retak.

"Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan,

"Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

"Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah permerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021," titah Raja-Raja Melayu melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Melalui perjumpaan tersebut, Raja-Raja Melayu turut mengambil maklum kesusahan yang dihadapi rakyat yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, suasana kehidupan dan pembelajaran terjejas serta program-program keagamaan yang terhalang.

Baginda Raja-Raja turut berpandangan bahawa nyawa dan kehidupan rakya wajib diutamakan mengatasi perkara lain.

Baginda semua turut berpendirian bahawa program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan karenah birokrasi agak mencapai matlamat imunitikelompok 80 peratus secepatnya.

“Kaedah menangani wabak Covid-19 hendaklah bersifat inklusif melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, sedia mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian sedia melakukan penambahbaikan dan sedia melakukan penerokaan baharu sehingga berjaya meyakinkan dan berjaya mendapat kerjasama penuh rakyat pelbagai peringkat, ” titah baginda.

Raja-Raja Melayu berpendirian pentingnya mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbiru urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

“Dalam semangat tersebut Raja-Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

“Di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.

“Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rantaian jangkitan virus Coid-19 wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai,” titah baginda.

Artikel Lain