suria

Malaysia catat 5,293 kes baharu Covid-19

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 5,293 kes baharu, pada Ahad.

Ia menjadikan keseluruhan 696,408 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 63,815 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 5,911 jangkitan baharu, 72 lagi korban

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,680 kes, diikuti Negeri Sembilan (693) Johor (627), Sarawak (661) dan Kuala Lumpur (379).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 60 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,408 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 5,941 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 628,185 kes.

"Sehingga kini, terdapat 880 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 454 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain