suria

Lelaki ditahan didakwa serang anggota bomba

Seorang anggota bomba diserang ketika memadamkan kebakaran di Kampung Belipat, Lawas, pada Sabtu. foto Astro Awani

SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan yang didakwa menyerang seorang anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di Kampung Belipat, Lawas di Sibu.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, suspek ditahan pada Ahad.

"Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota bomba diserang, didakwa lambat tiba padam kebakaran

Pasukan bomba yang terdiri daripada tujuh anggota dari Balai Bomba Lawas bergegas ke lokasi kejadian berikutan sebuah rumah terbakar, kira-kira pukul 3.18 petang Sabtu.

Rakaman menerusi kamera yang dipasang pada topi keledar seorang anggota bomba menunjukkan suspek menyerang anggota bomba dari belakang sebelum tindakannya dihalang oleh penduduk kampung.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Anggota bomba berkenaan membuat laporan polis pada pukul 9.14 malam hari yang sama tetapi menarik balik laporan itu setelah suspek meminta maaf.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, mereka memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadap suspek setelah mendapat nasihat daripada pegawai atasan.

Khirudin berkata, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Lawas. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain