suria

Jangkitan menurun... Malaysia catat 4, 611 kes

Malaysia merekodkan 4, 611 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 4,611 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 701,019 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 62,918 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 4,611 kes baharu yang dilaporkan, 4,590 kes merupakan penularan tempatan dan 21 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 5, 293 kes baharu Covid-19

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,346 kes, diikuti Sarawak (682), Perak (453), Negeri Sembilan (437), Johor (314) dan Kuala Lumpur (310).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 69 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,477 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 5,439 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 633,624 kes.

"Sehingga kini, terdapat 880 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 452 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain