suria

“Tidak mendesak sangat” - Khidmat pengerusi Prasarana ditamatkan, Tajuddin ucap ‘terima kasih’

Tajuddin (gambar fail) memberi reaksi berhubung penamatan khidmatnya sebagai pengerusi Prasarana. foto AZMAN GHANI/ The Star

"TERIMA kasih," demikian kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi respons mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), berkuat kuasa serta-merta.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau mengucapkan 'terima kasih' kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana menamatkan perkhidmatannya itu.

Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi Prasarana: Khidmat Tajuddin ditamatkan serta-merta

"Saya sudah dapat surat. Baru terima petang tadi. Dia hantar surat, saya terima.

"Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, beliau akan membuat satu kenyataan berkenaan penamatan khidmatnya itu.

"Saya akan buat kenyataan kemudian. (Penamatan ini) bagi saya tidak mendesak sangat," katanya.

Surat penamatan perkhidmatan bertarikh 26 Mei 2021 itu ditandatangani Tengku Zafrul.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dilaporkan, sidang media dikendalikan Tajuddin pada pagi Selasa di lokasi kejadian sebagai perbuatan tidak profesional, biadab dan amat memalukan rakyat Malaysia pada saat negara berdepan tragedi kemalangan besar dalam tempoh 25 tahun.

Tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang media berdurasi 21 minit dan 25 saat itu juga menampakkan kedangkalan beliau berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemalangan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringi beliau.

Tindak-tanduk Tajuddin yang dikecam warganet sewaktu mengadakan sidang media berkaitan peristiwa kemalangan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang cedera parah, manakala 166 lagi cedera ringan.

Dalam sidang media berkenaan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah 'normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium'.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut dibidas kerana gagal hadir ke lokasi kejadian bersama-sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong pada malam kemalangan berlaku.

Namun beliau memberi alasan tidak dapat hadir kerana baru selesai bermesyuarat dan bersiap sedia untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain