suria

Pengerusi Prasarana: Khidmat Tajuddin ditamatkan serta-merta

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta.

SUSULAN sidang media yang memalukan berhubung insiden kemalangan dua tren LRT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat yang dihantar oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tersebar di aplikasi WhatsApp.

Menurut surat bertarikh 26 Mei 2021 itu, Menteri Kewangan bersetuju agar perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: PM digesa pecat Tajuddin gara-gara sidang media memalukan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pakai pelitup muka, polis siasat Tajuddin

Dilaporkan, sidang media dikendalikan Tajuddin pada pagi Selasa di lokasi kejadian sebagai perbuatan tidak profesional, biadab dan amat memalukan rakyat Malaysia pada saat negara berdepan tragedi kemalangan besar dalam tempoh 25 tahun.

Tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang media berdurasi 21 minit dan 25 saat itu juga menampakkan kedangkalan beliau berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemalangan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringi beliau.

Tindak-tanduk Tajuddin yang dikecam warganet sewaktu mengadakan sidang media berkaitan peristiwa kemalangan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang cedera parah, manakala 166 lagi cedera ringan.

Dalam sidang media berkenaan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah 'normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium'.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut dibidas kerana gagal hadir ke lokasi kejadian bersama-sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong pada malam kemalangan berlaku.

Namun beliau memberi alasan tidak dapat hadir kerana baru selesai bermesyuarat dan bersiap sedia untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, media sosial dihujani gesaan agar Tajuddin disingkirkan daripada Prasarana, susulan polemik selepas sidang media Selasa lalu.

Tanda pagar #LetakJawatanTajuddin dan #TajuddinLetakJawatan menjadi sohor kini di Twitter, malah petisyen dalam talian juga dilancarkan bagi menggesa dia berundur segera.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain