suria

Pecah rekod jangkitan tertinggi... Malaysia catat 7,478 kes baharu Covid-19

Selangor kekal dengan rekod kes harian tertinggi. -gambar hiasan

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 7,478 kes baharu, pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 533,367 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 66,208 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 7,289 kes Covid-19, pecah rekod jangkitan harian tertinggi

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,455 kes, diikuti Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Johor (587), Kelantan (547) dan Kedah (542).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 63 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,432 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 4,665 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 464,727 kes.

"Sehingga kini, terdapat 756 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 377 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain