suria

Azan Maghrib 3 minit awal, masjid di Gombak mohon maaf... puasa jemaah terbatal - Nazir

Kesilapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

SEPANJANG bulan Ramadan, azan Maghrib menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu kerana ia menandakan masuknya waktu untuk berbuka puasa.

Pada Isnin lalu, pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor tersilap melaungkan azan tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pentadbir masjid berkenaan turut memohon maaf atas kesilapan itu.

Menurut Nazir masjid, Wan Nawawi, kesilapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

"Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin, 7 Ramadhan 1442 atau 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid," ujarnya.

Ujar beliau, pandangan jumhur ulama menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula.

"Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.

Pandangan jumhur ulama' menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula.

"Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.

"Sekali lagi kami mohon maaf dan InsyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," ujar beliau dalam kenyataan itu.

Sementara itu, rata-rata pelayar Facebook khususnya menerusi page Asal Gombak turut menceritakan pengalaman mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Ya saya perasan juga pada waktu itu. Masih ditempat niaga (pasar malam Sri Gombak) memang akan dengar azan Maghrib seakan cepat daripada biasa.

"InsyaAllah ganti puasa bersama sunat Syawal, Isnin dan Khamis. Triple pahala.

"Untuk mengelakkan keadaan sebegini berlaku lagi, orang ramai perlu lebih cakna bila masuknya waktu solat sekaligus waktu berbuka di kawasan masing-masing," tulis netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain