suria

Melangkaui 2,000! Jangkitan baharu 2,148, Sarawak rekod kes harian tertinggi... 10 lagi kematian

Malaysia merekodkan 2,148 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,148 kes baharu, menjadikan keseluruhan 367,977 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 17,575 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin naik... Malaysia catat 1,889 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan tertinggi

Daripada 2,148 kes baharu yang dilaporkan, 2,129 kes merupakan penularan tempatan dan baki 19 kes adalah jangkitan luar negara.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 512 kes, diikuti Selangor (459), Kelantan (221) dan Sabah (202).

Sementara itu Johor merekodkan 182 kes manakala Pulau Pinang dengan 134 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,363 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 1,259 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 349,039 kes.

"Sehingga kini, terdapat 212 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain