suria

Tindakan tegas akan diambil terhadap individu pukul pengawal peribadi kerana berpuasa - Hamzah

Empat individu termasuk seorang pengawal peribadi ditahan reman bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa. Foto: Bernama

TINDAKAN tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didakwa mencederakan dan mengugut dua pengawal peribadi kerana berpuasa.

Penegasan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Sekiranya kejadian itu berlaku kerana berpuasa, tindakan tegas akan diambil. Pengawal tersebut beragama Islam dan mereka diwajibkan oleh agama untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Salahkah mereka berpuasa?" demikian reaksi Hamzah pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal peribadi dakwa dipukul kerana berpuasa, 4 lelaki ditahan polis

Beliau menambah, pihak polis telah diarahkan untuk menjalankan siasatan kes tersebut dengan teliti dan terperinci.

Terdahulu, empat lelaki direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencederakan dua pengawal peribadi.

Tiga daripadanya direman selama lima hari, manakala seorang lagi selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Klang, Selangor pada Khamis berhubung kes itu.

Mereka yang berusia 38 hingga 46 tahun, direman bagi membantu siasatan kes mengikut beberapa seksyen antaranya Seksyen 323 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain