suria

Kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri ditangguh... ini cadangan KKM

KKM cadangkan agar rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguh.

PASTI ramai dalam kalangan kita berharap agar perjalanan rentas negeri dibenarkan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguh.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis setelah melancarkan buku bertajuk "Malaysia Health Sector Responsr To Covid-19 Pandemic-Perspectives From The Field".

"Ramai pihak telah meminta kerajaan untuk mengizinkan perjalanan rentas negara untuk Hari Raya Aidilfitri. Namun, Kementerian mengusulkan agar pia ditunda," kata Dr Adham.

Tambah Dr Adham, beliau bimbang disebabkan oleh varian baharu Covid-19 dalam masyarakat dan program vaksinasi nasional yang sedang berlangsung.

Ditanya sama ada mereka yang telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 akan diberi pengecualian untuk perjalanan rentas negeri, Dr Adham berkata dia akan menunggu input Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

"Kami masih menunggu input WHO dan CDC untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada kami mengenai apakah pengecualian seperti itu dapat diberikan untuk perjalanan rentas negari," katanya. -The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain