suria

Covid-19: Bertahan sehari, Malaysia kembali catat 4 angka kes baharu... 1,133 jangkitan, 5 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,133 kes baharu, menjadikan keseluruhan 344,018 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 14,199 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 401 kes, diikuti Pulau Pinang (194 kes) dan Sarawak sebanyak 153 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 941... angka terendah jangkitan tahun ini, 5 lagi korban Covid-19

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,265 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 1,148 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 328,554 kes.

"Sehingga kini, terdapat 161 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain