suria

Isa Samad dihukum penjara 6 tahun, denda RM15.4 juta

Mohd Isa didapati bersalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rabu. foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.4 juta ke atas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Terdahulu, bekas Pengerusi Felda itu didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta membabitkan pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rasuah: Isa Samad didapati bersalah atas 9 tuduhan bernilai RM3 juta

Mohd Isa, 72, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain