suria

Polis, Esscom tak keluar arahan henti program Ebit Lew

(gambar fail) Ebit bersama bekalan bantuan yang dibawa ke Pantai Timur Sabah.

POLIS Sabah tampil memberikan penjelasan berhubung pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak dikatakan tidak dibenarkan meneruskan bantuan di pulau-pulau di Semporna di negeri itu.

Polis atau Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program pendakwah terkenal Ebit Lew di kawasan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.

.ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew sayu... boleh dihukum denda RM100,000, penjara 3 tahun jika teruskan misi bantuan di Semporna - "Saya minta maaf"

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada halangan Ebit Lew teruskan misi bantuan di Semporna, tapi perlu maklum tuan rumah - Pejabat Daerah

Beliau bagaimanapun berkata, mereka digalakkan merujuk pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas faktor keselamatan.

"Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ebit Lew.

"Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan Perintah Berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran," katanya pada Selasa.

Hazani berkata, perintah berkenaan dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

"Ia tiada kena-mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pihak NGO di negeri ini.

"Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib bagi mengenal pasti status pulau dan penduduk terbabit," katanya.

Terdahulu, terdapat komen balas daripada netizen faktor keselamatan penyebab pendakwah bebas itu tidak dibenarkan masuk ke pulau-pulau berkenaan. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain