suria

PKP lanjut atau tidak? MKN bincang hari ini

PKP yang dikuatkuasa pada 13 Januari lalu dijadualkan berakhir pada 4 Februari. Foto: Bernama

MAJLIS Keselamatan Nasional (MKN) yang bermesyuarat pada Selasa akan membuat keputusan dengan mengambil kira 'keseimbangan antara kehidupan dan sara hidup (live and livelihood), demikian menurut seorang sumber.

"MKN kemungkinan besar akan membuat keputusan hari ini sama ada untuk melanjutkan atau melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa di seluruh negara.

"Hari ini, kami akan memperincikan dan membincangkan lebih lanjut mengenai apa sebenarnya yang akan kami katakan dalam pengumuman rasmi kepada rakyat sebagai persediaan selepas 4 Februari.

"Prioriti tetap menyelamatkan nyawa dan menjaga keutamaan sara hidup," kata sumber sambil menyatakan, masih belum diputuskan bilakah pengumuman mengenainya akan dibuat.

Dia bagaimanapun menasihatkan rakyat agar kekal tenang dan tidak membuat spekulasi.

PKP yang dikuatkuasa pada 13 Januari lalu dijadualkan berakhir pada 4 Februari.

MKN yang terdiri daripada pegawai dan menteri tertinggi kerajaan, memulakan rutin mesyuarat harian pada pukul 11 pagi pada Selasa. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

MKN, PKP, live and livelihood

Artikel Lain