suria

Lafaz 7 kali ‘Aku Melayu’ kemudian pukul gong, polis buka kertas siasatan terhadap Ibu Yati

Antara ritual yang didakwa dilakukan bagi pengikut yang menyeratai ajaran itu.

SEJAK minggu lalu, tular sebuah video di laman sosial mengenai seorang wanita didakwa memperkenalkan ajaran Islam Melayu yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan terhadap pengguna akaun Facebook, Ibu Yati yang dikaitkan dengan fahaman Islam Melayu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada pemberita pada sidang akhbar di kementeriannya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz 7 kali 'Aku Melayu' kemudian pukul gong... Jabatan agama sedang siasat ajaran sesat minta orang ramai tak terpengaruh

"Saya baru saja berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkenaan hal ini dan kita akan buat siasatan lanjut," katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan polis terhadap Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias yang dikaitkan dengan isu fahaman Islam Melayu.

Ia menjadi perbualan warga maya baru-baru selepas tersebar rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

Ia didakwa ajaran sesat terbaharu di negara ini.

Wan Noor Hayati bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkan ia tuduhan jahat dan membuat laporan polis.

Setakat ini, lebih 10 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita itu. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain