suria

Covid-19: 1,196 kes terbaharu...111 dirawat di ICU

Malaysia merekodkan 1,196 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,196 kes baharu, menjadikan keseluruhan 105,096 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 20,233 kes.

Daripada 1,196 kes baharu yang telah dilaporkan, lima kes merupakan kes import dan selebihnya adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: KL, Selangor catat jangkitan harian tertinggi, seluruh negara rekodkan 2,335 kes

Selangor mendahului rekod jangkitan tertinggi harian pada Ahad dengan 392 kes diikuti Kuala Lumpur (202 kes) dan Johor (194 kes).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 452 kes kematian.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 452 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Kes kematian terbaharu tersebut melibatkan seorang lelaki rakyat tempatan berusia 71 tahun dan jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Pada hari ini, 997 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 84,411 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 111 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, terdapat satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Jalan Sedco melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain