suria

Covid-19: KL, Selangor catat jangkitan harian tertinggi, seluruh negara rekodkan 2,335 kes

Malaysia merekodkan 2,335 kes positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: FAIHAN GHANI.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,335 kes baharu, menjadikan keseluruhan 103,900 kes setakat Sabtu.

Daripada 2,335 kes baharu yang telah dilaporkan, 11 merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakitangan stesen LRT positif Covid-19

Kuala Lumpur hari ini mendahului rekod jangkitan tertinggi dengan 728 kes diikuti Selangor (710), Johor (412), dan Sabah (248).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat dua kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 451 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan dua kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 451 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 874 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 83,414 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 108 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain