suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakitangan stesen LRT positif Covid-19

Pengguna juga dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menggunakan perkhidmatan mereka. KAMARUL ARIFFIN/The Star.

SEORANG pekerja di stesen LRT Bandaraya didapati positif Covid-19.

Dia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, dedah Prasarana Malaysia Bhd.

Pekerja itu kali terakhir bertugas pada 19 Disember lalu.

"Berdasarkan siasatan kami, kes itu terjadi di kawasan tertutup dan pegawai stesen tidak ada hubungan dengan penumpang ketika bertugas," kata Prasarana dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Malah, pihak pengurusan juga telah mengambil tindakan sewajarnya dengan melakukan kerja-kerja nyahkuman.

"Pekerja lain yang memiliki kontak rapat dengan kakitangan itu juga telah diarahkan menjalani saringan dan kuarantin 14 hari," ujar kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menggunakan perkhidmatan Rapid Rail. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain