suria

Top Glove sahkan kematian pekerja lelaki akibat komplikasi Covid-19

Top Glove menjadi perbualan ramai selepas menjadi kumpulan jangkitan terbesar di negara ini. (Photo by Mohd RASFAN/ AFP)

SYARIKAT Top Glove Corporation Bhd mengesahkan salah seorang pekerjanya meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Yamnarayanan Chaudhary Tharu, 29, dari Nepal mula bekerja di kilang pembuatan syarikat itu di Meru, Klang sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal sediakan penempatan kondusif buat pekerja, Top Glove bakal dituduh langgar Akta 446

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat itu mendedahkan Tharu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Sabtu kerana radang paru-paru dan fiborsis paru-paru.

Tambah syarikat itu, mereka juga akan menghulurkan pembayaran belas ihsan kepada keluarga lelaki itu.

Terdahulu, Top Glove menjadi perbualan ramai selepas menjadi kumpulan jangkitan terbesar di negara ini.

Malah, beberapa ribu pekerja mereka diuji positif wbak itu sejak bulan lalu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain