suria

5 lagi korban Covid-19... 959 kes baharu direkodkan,127 dirawat di ICU

Malaysia merekodkan 959 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 959 kes baharu, menjadikan keseluruhan 76,265 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,748 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut beliau, daripada 959 kes baharu yang dilaporkan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 953 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 126 dirawat di ICU, 4 lagi korban Covid-19 di Sabah... 1,012 kes baharu direkodkan

Mengikut data setakat ini, Selangor melaporkan kes harian tertinggi pada Rabu iaitu sebanyak 277 kes, diikuti oleh Sabah (203 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (129).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 393 kes," katanya menerusi sidang media pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 1,068 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 65,124 kes.

"Sehingga kini, terdapat 127 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 61 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya lagi

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kluster baharu yang dikesan pada Rabu iaitu Kluster Kupi-Kupi (Penampang), Kluster Tapak Bina Ikon Bintang (Lembah Pantai dan Kepong), Kluster Bandar Impian (Kluang, Pasir Puteh, Kuala Kangsar) dan Kluster Jalan Kemang (Port Dickson).

Ringkasan kes kematian pada Rabu:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, ICU

Artikel Lain