suria

Sidang Dewan Rakyat ditangguh seketika gara-gara amaran kebakaran

Semua Ahli Parlimen keluar dari dewan selepas amaran kebakaran dikeluarkan pada 10.18 pagi.

PERSIDANGAN Dewan Rakyat pada Selasa ditangguhkan seketika selepas amaran kebakaran dikeluarkan pada 10.18 pagi.

Susulan amaran tersebut, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun mengarahkan semua Ahli Parlimen keluar dari dewan.

ARTIKEL BERKAITAN: Letupan luar rumah, wanita terkejut lihat kereta miliknya terbakar... terima mesej dakwa suami pinjam Ah Long

Pegawai media dan kakitangan turut diarahkan keluar buat seketika.

Beberapa menteri turut kelihatan, antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohammed Sadique.

Saifudin sewaktu dihampiri di luar bangunan itu memberitahu Parlimen ditangguhkan seketika ke waktu lain sehingga diumunkan semula oleh pihak pengurusan.

Sekitar 10.30 pagi, kesemua mereka masuk semula ke Dewan Rakyat.

Difahamkan, terdapat gangguan sehingga menyebabkan penggera kebakaran diaktifkan. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain