suria

“Semua bantuan dia tak nak” - Ramai simpati, JKM Kelantan perjelas nasib pakcik 20 tahun berumah dalam beca

Warga emas yang tidak memiliki pengenalan diri itu dipercayai berasal dari Thailand.

VIDEO tular memaparkan seorang lelaki warga emas yang tinggal di dalam beca di Kota Bharu, Kelantan ternyata mengundang perhatian ramai.

Malah, ramai yang tertanya-tanya mengenai asal-usul lelaki yang dipercayai berusia 70-an itu termasuklah bantuan yang disalurkan kepada dirinya.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Mohamad Md Nor, pihaknya sukar membantu memandangkan warga emas itu tidak memiliki pengenalan diri dan dipercayai bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun berumah dalam beca usang, nyamuk pun ada... jejaka ikhlas hulur bantuan dikecam sebab bagi beras - “Dia duduk situ sejak saya belum lahir”

ARTIKEL BERKAITAN: “Penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan, ada sebab tak lapor polis” - Uncle Kentang dedah kisah bapa malang... anak perempuan, teman lelaki jual kerusi roda elektrik

"Sebenarnya dia dipercayai bukan warganegara Malaysia dan tidak memiliki kad pengenalan diri.

"Dia dipercayai sudah berada di sini sejak 20 tahun lepas. Dia duduk di sini sebagai pengayuh beca dan ada bekerja angkat-angkat barang di pasar berdekatan.

Paparan skrin video tular di media sosial.

"Kita pernah buat siasatan. Dia dakwa berasal dari Terengganu, kemudian dari Thailand. Tak tahu mana satu. Soalan sama, tapi dia beri jawapan berbeza," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Mohamad lagi, pihak JKM dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pernah menawarkan bantuan tempat tinggal kepada lelaki itu pada Mei lalu, namun pelawaan itu ditolak.

Ada sebuah syarikat kosmetik dari Kelantan turut menawarkan bantuan rumah, nak tolong bayarkan sewa... pun dia tak nak.

MOHAMAD MD. NOR

"Nak kesan keluarganya pun tak dapat. JKM dah tiga kali offer, siap nak bawa beca dia sekali ke tempat tinggal baharu tapi dia tak nak.

"Malah, ada NGO yang tawarkan untuk tukar beca baharu juga dia tak nak.

"Sebelum ini juga, ada sebuah syarikat kosmetik dari Kelantan turut menawarkan bantuan rumah, nak tolong bayarkan sewa... pun dia tak nak," ujar Mohamad lagi.

Namun katanya, kes melibatkan warga emas berkenaan sentiasa berada dalam pemerhatian pihaknya sama ada untuk bantuan mahupun tindakan wajar lain pada masa akan datang.

Warga emas itu didakwa menolak pelawaan untuk ditempatkan di sebuah kediaman dan memilih untuk terus tinggal dalam beca.

Sebelum ini, tular video seorang lelaki, Muhammad Rofiqi Aiman Muhammad Rosid, 20, yang hadir menghulurkan bantuan buat warga emas itu.

Video berkenaan ternyata mengundang perhatian memandangkan ramai netizen bersimpati dengan nasibnya yang menetap dalam beca usang itu.

Pemuda itu dia melalui platform kebajikan 'Prihatin Kelantan' bertemu warga emas berkenaan untuk memberikan bantuan makanan pada Jumaat malam dan tidak menyangka video berkenaan akan meraih perhatian ramai.

Malah, dia turut dihujani mesej orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan buat pengayuh beca itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain