suria

KL catat kes paling tinggi Covid-19 pada Ahad, kanak-kanak 8 tahun antara 3 korban terbaharu

Tiga angka korban direkodkan dengan 1,208 kes baharu pada Ahad. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 1,208 kes baharu, menjadikan keseluruhan 47,417 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,323 di mana pesakit sudah diasingkan dan diberikan rawatan.

Daripada 1,208 kes baharu yang telah dilaporkan, enam merupakan kes import manakala selebihnya adalah penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod 1,114 kes positif Covid-19 pada Sabtu, 2 korban terbaharu

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi dengan 469 kes pada Ahad dengan 460 kes daripada Kluster Tapak Bina Damanlela, manakala Sabah merekodkan 381 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian 309 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 309 kes," katanya pada satu kenyataan media pada Ahad.

Sehingga hari ini, 1,013 kes telah pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 34,785 kes.

Untuk rekod semasa, 104 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, tiga kluster baharu dikesan iaitu Kluster Plaza, Kluster Jalan Kalabakan dan Kluster Jeri.

Ringkasan kes kematian hari ini:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, KL,

Artikel Lain