suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit kanser parah terjatuh tingkat enam hospital

Mangsa mengalami kecederaan parah dalam insiden malam Sabtu.

SEORANG pesakit kanser yang dipercayai terjatuh daripada tingkat enam bangunan Hospital Likas di Kota Kinabalu terselamat selepas mendarat di bumbung tingkat tiga bangunan itu malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan LIntas Agustavia Joe Guasi berkata dalam kejadian 8.20 malam, pesakit lelaki berusia 64 tahun yang sedang dikuarantin itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan pinggang.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan talian Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS) sebelum sepasukan BBP Jalan Lintas dan BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

"Selepas menerima maklumat dari saksi di tempat kejadian, pasukan penyelamat dari BBP Jalan Lintas seterusnya membuat sizeup dan penyelamatan dengan menggunakan tangga bangunan hospital bagi menyelamat mangsa," katanya.

Agustavia berkata mangsa diberi rawatan oleh Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa turun dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain