suria

Kekal! Malaysia tetap tutup pintu sempadan kepada warga asing demi membendung penularan Covid-19

Malaysia masih menutup pintu sempadan negara bagi membendung penularan Covid-19. Foto: Bernama

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan Malaysia masih kekal menutup pintu sempadan negara kepada warga asing, sebagai usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Dengan terus mengekalkan pelaksanaan polisi ini, warga asing dari 23 negara berisiko tinggi termasuk Bangladesh, tidak dibenarkan memasuki Malaysia kecuali dengan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia, kata Ismail Sabri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham akui bimbang pintu sempadan negara dibuka, masih bincang SOP

"Bangladesh merupakan salah satu daripada 23 negara yang diperketatkan kemasukan kerana tergolong dalam negara yang berisiko tinggi Covid-19.

"Jabatan Imigresen belum lagi menukar polisi ini atau mencadangkan kepada kerajaan untuk melonggarkan kemasukan (pekerja warga asing)," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Rabu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan Malaysia sedia mengadakan perbincangan bersama wakil negara Bangladesh berkaitan perkara tersebut.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membenarkan ribuan pekerja warga Bangladesh yang terkandas di negara itu untuk memasuki Malaysia, ketika penularan Covid-19 kini.

Untuk rekod, kerajaan turut menutup pintu sempadan kepada Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain