suria

Korban Covid-19 bertambah 8 lagi, direkodkan 1,032 kes baharu... 82 dirawat di ICU

Malaysia merekodkan 1,032 kes pada Rabu dengan lapan kes kematian. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 1,032 kes baharu, menjadikan keseluruhan 35,425 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,339 di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,032 kes baharu yang telah dilaporkan, tiga merupakan kes import manakala baki 1,029 kes adalah penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 14 tahun antara 12 lagi korban Covid-19 di Sabah... 1,054 kes baharu direkodkan

Sabah masih mencatatkan jumlah tertinggi yang merekodkan kes baharu positif Covid-19, dengan 646 kes pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 271 kes," katanya pada sidang media petang Rabu.

Sebanyak 820 kes pulih dan dibenarkan discaj direkodkan pada hari ini, menjadikan 24,815 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 82 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat enam kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, Kluster Sepanggar, Kluster Aero, Kluster Lengkuk dan Kluster Gading.

Berikut ringkasan kes kematian pada Rabu:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain