suria

Remaja 14 tahun antara 12 lagi korban Covid-19 di Sabah... 1,054 kes baharu direkodkan

Malaysia merekodkan 1,054 kes baharu positif Covid-19 dan 12 kes kematian pada Selasa. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 1,054 kes baharu, menjadikan keseluruhan 34,393 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,135 di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,054 kes baharu yang telah dilaporkan, 14 merupakan kes import manakala baki 1,040 kes adalah penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan, 5 kluster baharu dikesan... 834 kes positif

Sabah masih mencatatkan jumlah tertinggi yang merekodkan kes baharu positif Covid-19, dengan 678 kes pada Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 12 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 263 kes," katanya pada sidang media petang Selasa.

Sebanyak 875 kes pulih dan dibenarkan discaj direkodkan pada hari ini, menjadikan 23,995 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 94 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat dua kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Cergas melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan, dan Kluster Permatang melibatkan daerah Kulim, Kedah.

Berikut ringkasan kes kematian pada Selasa:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain